Kersani bersandar di kepala katil. Dia baru saja makan bubur nasi dan air akar kayu yang dibuat khas oleh Mak Tanjung. Dia berasa sedikit bertenaga. Nasi yang dibuat oleh Mak Tanjung sangat sedap. Sudah lama dia tidak makan makanan yang sedap macam tu. Pada mulanya dia segan nak makan sebab perlu makan bersuap. Tapi Mak Tanjung memberitahunya kalau dia tidak makan nanti, dia takkan cepat sembuh. Maka mahu tak mahu, Kersani pun makan.
Dia melemparkan
pandangannya diluar tingkap. Baru dia perasan yang tingkap dibuka dengan luas.
Dia dapat lihat langit dan awan yang berarak. Angin sepoi-sepoi membuatkan dia
berasa tenang. Tenaga dia dah pulih sikit lepas minum air akar kayu. Walaupun
pahit, tetapi dia telan juga. Dia mahu sembuh dengan cepat.
“Kau dah sedar,
anak muda?” tegur satu suara. Kersani terus berkalih ke arah seseorang yang
baru saja melangkah masuk ke dalam bilik. “Maaf kalau buat kau terkejut. Nama
aku, Wak Putih. Siapa nama mu, nak?”
Wak Putih
walaupun dah berusia tapi badannya tegap macam orang muda. Dia menarik kerusi
dan duduk di sebelah katil Kersani.
“Namaku...Kersani,”
jawab Kersani dengan perlahan.
“Masih
sakit-sakit lagi?” tanya Wak Putih lagi.
Kersani mengangguk
perlahan. Dia dapat rasakan Wak Putih bukan calang orang. Dia ada aura yang
tersembunyi.
“Aku tau kau
risau. Jangan bimbang. Aku dengan isteri aku, Mak Tanjung dah tau siapa kau
yang sebenarnya,” kata Wak Putih. Kersani terkejut tapi hanya memandang Wak
Putih. “Rahsia ni, hanya aku, Mak Tanjung dan kawan baik aku Wak Demang je yang
tau. Yang lain tak tahu,” Wak Putih meyakinkan Kersani.
“Aku minta maaf,
Wak Putih,” kata Kersani seakan berbisik lalu menundukkan wajahnya. “Lepas aku
sembuh nanti, aku akan pergi dari sini. Aku tak mau ganggu kedamaian kampung
ni.”
“Eh, kenapa pulak
kamu nak pergi dari sini? Kat luar sana bahaya. Tengok keadaan kau ni. Kau kena
banyakkan berlatih untuk menjadi lebih kuat. Aku tak tau siapa yang serang kau
tapi Kirana dan rakannya yang selamatkan kau dan bawa kau ke mari. Dan aku yang
mahu kau dirawat disini,” kata Wak Putih.
Kemudian
kedengaran bunyi bising dekat luar. Wak Putih hanya tersenyum. Dia sudah tahu
Kirana dan Ema sudah balik dan mereka memang
suka bergurau. Kirana memang suka menyakat adiknya, Ema.
Mereka berdua
meminta izin untuk masuk ke dalam bilik Kersani. Wak Putih memberi keizinan.
Mak Tanjung pun masuk untuk merawat luka Kersani sambil membawa peralatan untuk
membasuh luka.
“Mulai sekarang,
kami semua adalah keluarga baru kau. Aku ambil kau sebagai anak aku. Jangan
segan panggil aku Bapa dan Mak Tanjung, Mak,” Wak Putih senyum lalu menepuk
bahu Kersani dengan perlahan.
Kersani terkedu
tetapi di dalam hatinya, dia berasa gembira. Terlalu gembira. Sehingga dia
menitiskan air mata. Dia tidak sangka Wak Putih sebegitu baik. Walaupun Wak
Putih dan Mak Tanjung tahu siapa dia yang sebenar, namun mereka menerima
Kersani dengan baik.
Kersani mengelap
air matanya. “Terima kasih...terima kasih,” ucapnya berkali-kali.
“Abang jangan la
nangis,” Ema pegang tangan Kersani. “Ema sedih tengok abang nangis.”
“Dia nangis sebab
gembira. Bukan sedih,” Kirana mengusap kepala Ema.
Kersani pandang
Kirana. “Terima kasih kerana selamatkan aku.”
“Sama-sama,”
Kirana sengih. “Selamat datang, saudara baru,” Kirana menepuk bahu Kersani.
“Dah la tu tepuk
bahu dia. Kan dia sakit lagi tu. Dah, dah, semua orang keluar. Mak nak rawat
luka dia. Korang berdua ni tau menyibuk je,” Mak Tanjung menyuruh mereka berdua
keluar.
“Jom tolong abang
masak!” Kirana tarik tangan Ema.
“Abang tau ke
masak?” Ema pandang sinis pada Kirana.
“Tau la. Tau
masak nasi je. Lauk Ema la yang masak,” Kirana gelak.
Mak Tanjung pun
marah lalu mereka berdua terus keluar dari bilik sebelum kena cubit. Wak Putih
pun turut gelak melihat telatah anaknya yang dua orang tu.
“Nanti kau pun
akan biasa dengan diorang tu. Ada je benda yang diaorang gaduh,” Wak Putih
ketawa.
Sudah dua hari
Kersani sedar dan hari ini dia boleh bangun walaupun badannya masih lagi
sengal-sengal. Lukanya hampir sembuh semuanya. Tinggal luka di perutnya sahaja
yang masih belum sembuh sepenuhnya. Perutnya masih lagi berbalut. Kata Wak
Putih, luka itu sedikit dalam dan akan ambil masa yang sedikit lama untuk pulih.
Semua bisa-bisa luka telah dibuang oleh Mak Tanjung.
Tetapi Kersani tidak
dibenarkan untuk pergi ke mana-mana. Cukup keluar di halaman rumah sahaja. Mak
Tanjung melarang keras pada sesiapa yang mengajak Kersani pergi bermain di
padang ataupun berlatih kerana dia perlu betul-betul pulih dulu. Pernah Ema dan
Kirana mengajak Kersani bermain dan berkenalan dengan semua orang tapi Mak
Tanjung melarang.
Kersani duduk di
tangga hadapan rumah melihat pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling
rumah. Mak Tanjung memang suka tanam pokok. Di hadapan laman ada pokok yang
besar-besar. Jadi rumah ini tidaklah terasa panas sangat pada musim panas. Dia
suka melihat keindahan alam, melihat bunga yang berwarna-warni. Ianya bagaikan
satu terapi untuk Kersani.
Mak Tanjung
sedang menyapu dihalaman rumah. Pada waktu petang, dia lebih suka berada di
luar berbanding di dalam. Dia memang suka berkebun lebih-lebih lagi menanam
pokok herba untuk dibuat rawatan. Mak Tanjung adalah antara yang mahir dalam
bidang rawatan luaran dan dalaman.
“Mak, nak Sani
bantu apa-apa ke?” Kersani melangkah turun dari tangga.
“Ha, boleh jugak.
Tolong Mak siram pokok. Paip getah ada kat tepi sana,” Mak Tanjung menuding ke
arah kepala paip.
Kersani mengangguk
lalu mengambil paip getah dan membuka air dari pili. Kemudian dia pun menyiram
pokok. Dia seronok dapat menolong Mak Tanjung. Sekurang-kurangnya dia tidak bosan,
asyik duduk sahaja. Lagipun dia beransur pulih. Kata Mak Tanjung, luka
dalamannya sudah sembuh tinggal luka yang dalam itu sahaja.
Sedang Kersani
menyiram pokok, Ema tiba-tiba muncul sambil berlari ke arahnya. Nasib Ema tidak
baik sebab kakinya tersadung terkena paip getah.
Gedebuk!
Ema terjatuh.
“Eh Ema!,”
Kersani terkejut. Terus dia berlari ke arah Ema. Tangannya masih memegang paip
getah. Dia membantu Ema bangun. “Ema okey?”
“Aduh, sakit,”
Ema menahan sakit di kedua belah lututnya. Seluarnya koyak dan lutut kanannya
berdarah. “Alamak! Seluar koyak!”
“Ha, itulah. Lari
la lagi. Dah berapa helai seluar kamu koyak sebab jatuh. Kalau sebab berlatih
tak pe la jugak. Ini sebab kamu yang suka berlari. Tak boleh ke kamu berjalan?
Asyik berlari je,” Mak Tanjung mencekak pinggangnya. Walaupun banyak kali dia
marah Ema, tapi Ema tetap suka berlari.
Ema sengih sambil
menggaru kepala yang tidak gatal. Mak Tanjung hanya gelengkan kepala. Kersani menutup
paip dan melutut di depan Ema. Dia mahu angkat Ema tapi Ema menegah.
“Eh tak pe, tak
pe. Abang Sani jangan risau. Tengok ni,” Ema meletakkan tapak tangannya pada
luka di lututnya. Satu cahaya biru keluar dan luka Ema sembuh serta-merta.
“Hebat kan? Mak yang ajar Ema merawat. Tapi Ema boleh rawat luka kecik je la,”
Ema memandang ke arah luka di perut Kersani. “Kalau luka dalam macam tu, Ema
tak pandai lagi.”
Ema bangun lalu mengebas
seluarnya yang kotor dengan kedua tangan. Seluarnya koyak sedikit sahaja. Nanti
Mak Tanjung akan tampal dengan cebisan kain lain.
“Abang dah sihat
ke?” tanya Ema. Dia mulai seronok apabila Kersani sudah semakin pulih.
Kersani senyum
lalu mengangguk. “Abang dah boleh gerak sikit-sikit. Tak lama lagi sembuh la
sepenuhnya.”
“Ha, nanti boleh
la sertai kami berlatih dekat arena gelanggang!” kata Ema dengan girang.
“Tak payah nak
mengada-ngada,” Mak Tanjung mencelah. “Tunggu abang kamu ni sembuh betul-betul
dulu. Dah, pergi mandi. Senja dah ni.”
Ema mencebikkan mukanya. Kersani ketawa. Ema memandang ke arah langit. Dia
kenal bunyi kibaran sayap tu. Terus Ema meluru ke arah dapur dan masuk ke bilik
mandi. Kersani terpinga-pinga buat sementara. Tadi bukan main dia mencebik
muka. Selepas itu, secara tiba-tiba Ema terus berlari masuk ke dalam rumah.
Rupanya Kirana dan Wak Putih yang balik. Barulah Kersani faham kenapa Ema
cepat-cepat pergi mandi. Mesti dia tidak mahu berebut dengan Kirana. Kersani
senyum sendirian. Kirana yang baru sampai pula yang terpinga-pinga kenapa
Kersani tersengih sahaja.
No comments:
Post a Comment